Rabu, 29 November 2023 | 1:41pm
Abdul Wahab. - Foto NSTP/Azhar Ramli
Abdul Wahab. - Foto NSTP/Azhar Ramli

Video Agus: Wahab jumpa polis hari ini

KUALA LUMPUR: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang dikaitkan dengan rakaman video perbualan lucah akan memberi keterangan kepada pihak polis, hari ini.

Sumber memberitahu Harian Metro, Abdul Wahab dijangka memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) jam 3 petang.

"Dia (Abdul Wahab) akan memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes rakaman video berkenaan," katanya.

Sebelum ini, Abdul Wahab dilaporkan mengalami kemurungan melampau dan sedang menjalani rawatan, menyebabkan dia terpaksa menjadualkan semula pertemuannya dengan pihak polis.

Peguam Faisal Rahman dilaporkan berkata, anak guamnya akan memberi sepenuh komitmen kepada pihak polis.

Pada 17 November lalu, Abdul Wahab dalam sidang media di sebuah hotel di Bangi mendedahkan tindakannya merakam perbualan berunsur lucah bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff didalangi individu dikenali sebagai Mr H.

Berita Harian X