Rabu, 22 November 2023 | 8:18am
Kebakaran di Taman Sri Impian, Sungai Petani awal pagi tadi. - Foto pembaca
Kebakaran di Taman Sri Impian, Sungai Petani awal pagi tadi. - Foto pembaca

Empat rumah musnah terbakar, seorang lelaki alami sesak nafas

SUNGAI PETANI: Empat rumah di Taman Sri Impian, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 2.49 pagi.

"Keseluruhan rumah yang terbakar adalah lima buah namun empat daripadanya musnah 90 peratus.

Tiga motosikal turut musnah dalam kebakaran membabitkan lima rumah di Taman Sri Impian Sungai Petani, awal pagi tadi. - Foto pembaca
Tiga motosikal turut musnah dalam kebakaran membabitkan lima rumah di Taman Sri Impian Sungai Petani, awal pagi tadi. - Foto pembaca

"Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 30-an sesak nafas akibat terhidu asap dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kebakaran turut menyebabkan tiga motosikal milik penduduk musnah.

Berita Harian X