TANJUNG MALIM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di sungai diteruskan bersama penduduk kampung berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, dekat sini.
Mangsa, Edward Grang Anak Jenggut, 8, dipercayai hilang ketika mandi di sungai terbabit.
Ketua Balai dan Penyelamat ( BBP) Tanjung Malim, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazri, berkata 10 anggota bomba melakukan kaedah 'surface searching ' bersama penduduk kampung merangkumi jarak 30 meter dari lokasi tempat mangsa dilaporkan hilang.
Beliau berkata, ketika hilang mangsa dipercayai memakai baju renang berwarna hitam bertompok hijau dan mandi di sungai terbabit.
"Operasi SAR petang tadi turut membabitkan kerjasama penduduk kampung dan setakat ini, mangsa masih belum ditemui," katanya dalam kenyataan, hari ini.