KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata tiada sebab beliau perlu menjelaskan tuduhan yang mengaitkannya dengan pembatalan pengecualian cukai ke atas Yayasan AlBukhary.
Guan Eng yang menjawab pernyataan pembelaan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan beliau dan Kementerian Kewangan membatalkan pengecualian cukai itu, ketika pemerintahan 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan di antara Mei 2018 dan Februari 2020.
"Oleh kerana tiada pembatalan status pengecualian cukal, tiada sebab mengapa saya diwajibkan untuk menjelaskan sesualu yang tidak wujud," katanya.
Pengerusi DAP itu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21 Mac lalu, memberikan kenyataan di Parlimen mengenai isu dakwaan berkenaan dan memaklumkan beliau (Guan Eng) tidak membatalkan status pengecualian cukai yang diberikan mengikut Sekayen 44(6) Akta Cukal Pendapatan 1967 kepada Yayasan AlBukhary.
Guan Eng berkata, Anwar juga menyatakan dakwaan mengenai perkara itu tidak benar.
"Selanjutnya, pada 23 Mac lalu, Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar mengesahkan dan mengulangi bekas menteri kewangan mahupun pegawainya tidak membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan AlBukhary.
"Defendan ketika itu Menteri Dalam Negeri selepas Pillhan Raya Umum ke-14 di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dan fakta beliau tidak membangkitkan isu itu dan hanya membangkitkan sekarang ketika berhadapan pertuduhan jenayah, tidak lebih daripada satu aksi politik.
"la juga percubaan terdesak untuk mengalih perhatian orang ramai daripada tuduhan jenayah dengan meletakkan kesalahan kepada saya. Dia mempunyai lebih daripada 33 bulan selepas kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020 untuk mendedahkan salah laku yang didakwa," katanya.
Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan pada 27 Mac lalu, Guan Eng berkata, Muhyiddin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Mac lalu dan dibebaskan dengan jaminan agensi penguatkuasaan itu pada sebelah petang.
Katanya, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan fitnah pada hari sama yang diikuti pada 11 dan 12 Mac lalu di dalam Facebook miliknya dan kemudiannya diterbitkan oleh beberapa akhbar dan portal berita.
Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, kenyataan fitnah berkenaan antaranya bermaksud beliau menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan apabila ia tidak patut dikenakan cukai.
Sementara itu, Muhyiddin dalam pembelaannya, berkata Yayasan AlBukhary tidak perlu membuat rayuan berhubung pengecualian cukai kepadanya, jika ia tidak dibatalkan oleh Kementerian Kewangan.
Menurut Presiden BERSATU itu, beliau ternampak sepucuk surat daripada kementerian kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sekitar tahun 2021 yang memaklumkan ia membenarkan rayuan yayasan terhadap keputusan LHDN yang tidak mengiktiraf pengecualian cukai dan keputusan mengenakan penalti.
Muhyiddin mendakwa, beliau juga ternampak surat itu ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).