Ahad, 23 April 2023 | 8:10pm
Kanak-kanak autisme dijumpai hampir lemas dan meninggal dunia hari ini.
Kanak-kanak autisme dijumpai hampir lemas dan meninggal dunia hari ini.

Kanak-kanak autisme meninggal dunia selepas tujuh hari dirawat

IPOH: Seorang kanak-kanak autisme meninggal dunia hari ini selepas tujuh hari bertarung nyawa, sejak dijumpai hampir lemas dalam sebuah kolam renang di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata mangsa berusia 4 tahun itu dijumpai jam 10.20 pagi 17 April lalu dalam kolam renang dewasa oleh guru taska.

Beliau berkata, sejurus dijumpai, kanak-kanak itu diberi bantuan kecemasan, sebelum dihantar ke hospital.

Yahaya berkata, mangsa kemudiannya menjalani pembedahan sehari selepas kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan menerima rawatan susulan di wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik disahkan meninggal dunia pada jam 12 tengah hari tadi.

Menurutnya, pada hari kejadian ialah hari pertama ibu mangsa menghantarnya ke taska berkenenaan.

Yahaya berjata, berdasarkan keterangan dari pihak taska itu, ibu mangsa tidak menyertakan sebarang surat yang menyatakan mangsa seorang kanak-kanak autisme.

Berita Harian X