Isnin, 9 Januari 2023 | 3:38pm
Muhammad Tarmizi dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu untuk pertuduhan merogol remaja bawah umur. - NSTP/ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Muhammad Tarmizi dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu untuk pertuduhan merogol remaja bawah umur. - NSTP/ZATUL IFFAH ZOLKIPLY

Buruh tak mengaku rogol remaja bawah umur

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan merogol remaja bawah umur.

Muhammad Tarmizi Sulong, 23, membuat pengakuan itu sebelum memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Dia didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun 10 bulan di kawasan padang bola di daerah ini, jam 8.30 malam pada 1 Januari lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan, mahkamah menetapkan 8 Februari depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berita Harian X