Rabu, 28 Disember 2022 | 8:05pm

Budak 4 tahun dipercayai mangsa dera selamat dikebumi

SEGAMAT: Jenazah kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera di Senggarang, Batu Pahat, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Gatom, di sini, kira-kira 5.30 petang tadi.

Jenazah sebelum itu tiba di Masjid Jamek Labis dengan van jenazah diiringi kenderaan polis dan ahli keluarga pada 4.30 petang untuk disolatkan.

Sebelum itu, jenazah dibawa dari Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru kira-kira jam 3 petang selepas selesai proses bedah siasat.

Mangsa didapati pengsan pada Jumaat lalu, sebelum dibawa ke klinik dan disahkan meninggal dunia pada 6.40 petang kelmarin selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI.

Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera di Senggarang, Batu Pahat, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Gatom, di Segamat, petang tadi. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Terdahulu, polis mengesahkan terdapat kecederaan baharu dan lama pada seluruh badan kanak-kanak lelaki terbabit.

Antara kecederaan yang dapat dilihat adalah kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan mangsa, termasuk di kemaluan dan digigit di telinga.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik untuk rawatan pada jam 6.45 petang, Jumaat lalu.

Susulan itu, katanya lagi, polis menahan lima individu warga tempatan termasuk pasangan suami isteri berusia 15 hingga 37 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes dera berkenaan.

Jenazah kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa dera tiba di Masjid Labis, Segamat untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Gatom. - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Jenazah kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa dera tiba di Masjid Labis, Segamat untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Gatom. - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Datuk saudara mangsa, Ruslan Ahmad, 47, ketika pengebumian cucunya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gatom, Segamat. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Datuk saudara mangsa, Ruslan Ahmad, 47, ketika pengebumian cucunya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gatom, Segamat. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Berita Harian X