Isnin, 15 Ogos 2022 | 11:11pm
Bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit di dalam kereta di Lembaga Getah Malaysia, Jalan Kota Tinggi-Mawai. Gambar ihsan Bomba
Bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit di dalam kereta di Lembaga Getah Malaysia, Jalan Kota Tinggi-Mawai. Gambar ihsan Bomba

Kanak-kanak maut kemalangan

KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Mawai, di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan Mohd Salleh Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian terbabit pada jam 4.47 petang.

Beliau berkata, susulan itu seramai lapan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke tempat kejadian.

"Kemalangan jalan raya itu membabitkan sebuah kereta dinaiki tiga beranak Orang Asli dalam perjalanan dari Mersing ke Kota Tinggi dan sebuah pacuan empat roda dinaiki empat orang dari Kota Tinggi ke Mersing.

"Kereta dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda" katanya hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan penumpang, iaitu kanak-kanak perempuan, Elbina Scavia Mazian, meninggal dunia, manakala bapanya, Mazian Majid, 23, dan ibunya, Suzenatsha Aris, 20-an cedera.

Katanya, Elbina Scavia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan di lokasi. manakala

Mazian dan Suzenatsha tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum dikeluarkan anggota bomba.

Katanya, semua individu di dalam pacuan empat roda cedera ringan.

Berita Harian X