Rabu, 10 Ogos 2022 | 7:47pm
Polis merampas lori, peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri buah sawit, kereta sorong dan 110 tandan sawit dari tiga lelaki yang ditahan. - Foto POLIS
Polis merampas lori, peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri buah sawit, kereta sorong dan 110 tandan sawit dari tiga lelaki yang ditahan. - Foto POLIS

Curi sawit: Alasan tolong rakan cuba elak ditahan polis

MANJUNG: Hasrat tiga lelaki mengaut untung mudah RM1,000 hasil jualan sawit dicuri mereka dari sebuah kebun di Kampung Kampung Tebuk, Kampung Bahru, Ayer Tawar, dekat sini, tidak kesampaian apabila ditahan polis semalam.

Suspek berusia 27 tahun hingga 42 tahun itu ditahan sepasukan anggota Balai Polis Kampung Bahru pada 12.05 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata pihaknya merampas sebuah lori, peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri buah sawit, sebuah kereta sorong dan 110 tandan sawit susulan penahanan suspek.

"Dua suspek mendakwa hanya tolong angkat buah sawit selepas seorang lagi suspek menyewa lori daripada mereka. Sawit dicuri mereka dianggarkan bernilai RM1,000," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nor Omar berkata, ujian awal saringan air kencing ke atas ketiga-tiga suspek yang mendakwa ia kegiatan pertama mereka, adalah negatif dadah.

"Mereka direman empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Berita Harian X