Khamis, 4 Ogos 2022 | 1:31pm
MARITIM Malaysia menahan tiga awak-awak dekat Pulau Katak, Lumut selepas menceroboh zon tangkapan ikan. - Foto MARITIM MALAYSIA
MARITIM Malaysia menahan tiga awak-awak dekat Pulau Katak, Lumut selepas menceroboh zon tangkapan ikan. - Foto MARITIM MALAYSIA

Bot tunda, awak-awak ditahan

LUMUT: Tiga awak-awak bot nelayan, termasuk seorang warga Indonesia ditahan dekat Pulau Katak, dekat sini selepas menceroboh zon tangkapan ikan, semalam.

Mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) dalam rondaan di Pulau Sembilan pada 5.15 petang.

Pengarah MARITIM Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya'akup, berkata pemeriksaan mendapati awak-awak bot terbabit menangkap ikan kurang daripada lima batu nautika.

Katanya, dokumen pengenalan diri warga asing berkenaan sudah tamat tempoh.

"Kru berusia antara 23 tahun hingga 48 tahun bersama bot dan hasil tangkapan 80 kilogram pelbagai jenis ikan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh, Sitiawan untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya, hari ini.

Berita Harian X