Khamis, 28 Julai 2022 | 7:29pm
Dua kilang memproses ikan di Limbungan Chain Ferry dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM10,000 selepas didapati gagal menguruskan buangan terjadual hingga menyebabkan berlaku pencemaran bau. NSTP/Ihsan JAS Pulau Pinang

2 kilang proses ikan punca pencemaran bau dikompaun RM10,000

BUTTERWORTH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, hari ini, mengeluarkan kompaun keseluruhan berjumlah RM10,000 ke atas dua kilang memproses ikan di Limbungan Chain Ferry, di sini.

Kompaun itu dikeluarkan selepas kedua-dua premis gagal menguruskan buangan terjadual hingga menyebabkan berlaku pencemaran bau.

Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata pihaknya sebelum itu menerima aduan bau busuk yang dilaporkan penduduk Taman Limbungan Indah, di sini, sebelum turun ke lapangan pada jam 10 pagi hingga jam 1 tengah hari tadi bagi menjalankan pemeriksaan.

"Siasatan pihak JAS mendapati aduan penduduk adalah berasas dan jarak antara penduduk taman dengan premis kilang adalah kira-kira 30 meter sahaja.

"Operasi kilang memproses ikan akan memberi kesan bau apabila angin bertiup ke arah kawasan perumahan terbabit.

"Justeru, tindakan kompaun berjumlah RM10,000 dikenakan ke atas dua kilang yang diperiksa atas kesalahan gagal menguruskan buangan terjadual mengikut Peraturan Buangan Terjadual 2005," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, notis arahan bawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, juga dikeluarkan supaya pihak kilang mengambil tindakan segera bagi mengawal pencemaran bau.

Berita Harian X