Isnin, 27 Jun 2022 | 7:43pm
Anggota bomba Tatau sedang berusaha mengeluarkan dua mangsa yang tersepit pada bahagian kerusi duduk pemandu dan penumpang hadapan 4WD terbabit. - Foto Erika George
Anggota bomba Tatau sedang berusaha mengeluarkan dua mangsa yang tersepit pada bahagian kerusi duduk pemandu dan penumpang hadapan 4WD terbabit. - Foto Erika George

Dua maut, kenderaan pacuan empat roda bertembung

TATAU: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda yang bertembung di Jalan Sibu-Bintulu petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Henry Jugah , 49 dan seorang lagi rakannya, Billy Andrew, 27.

Beliau berkata, pasukan paramedik yang menjalankan pemeriksaan ke atas kedua-dua mangsa mengesahkan kedua-duanya meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Seorang lagi mangsa lelaki berusia 47 tahun juga menggunakan kenderaan pacuan empat roda model sama cedera parah dan patah paha," katanya.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kemalangan pada jam 2.25 petang.

Beliau berkata, pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat manakala mangsa yang terselamat turut dihantar ke hospital sama untuk diberikan rawatan lanjut.

Berita Harian X