Rabu, 22 Jun 2022 | 2:50pm

Buruh mengaku salah rogol remaja bawah umur

Kuala Terengganu: Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan merogol remaja bawah umur yang dikenalinya menerusi media sosial.

Tertuduh, Ahmad Amirul Ariff Razali, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 12 tahun 11 bulan di sebuah rumah di daerah ini, jam 7 malam, pada 11 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 29 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh, Ahmad Amirul Ariff Razali, 22, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan merogol remaja bawah umur yang dikenalinya menerusi media sosial. - NSTP/Ghazali Kori
Tertuduh, Ahmad Amirul Ariff Razali, 22, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan merogol remaja bawah umur yang dikenalinya menerusi media sosial. - NSTP/Ghazali Kori
Berita Harian X