Selasa, 21 Jun 2022 | 8:47pm
Seekor anak gajah mati (gambar kecil) akibat dilanggar sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 40, Jalan Batu Pahat-Mersing, dekat Kampung Sri Timur, Kluang Johor. - Foto tular
Seekor anak gajah mati (gambar kecil) akibat dilanggar sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 40, Jalan Batu Pahat-Mersing, dekat Kampung Sri Timur, Kluang Johor. - Foto tular

Anak gajah mati dilanggar

KLUANG: Seekor anak gajah mati akibat dilanggar sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 40, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat Kampung Sri Timur, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Supertintendan Abdul Razak Abdullah Sani, berkata dalam kemalangan jam 9.30 malam itu, seorang wanita warga tempatan, 53, cedera manakala pemandunya terselamat.

Katanya, kenderaan pacuan empat roda dari Kahang ke Kluang itu terbabit kemalangan dengan seekor anak gajah yang sedang melintas jalan.

"Akibat kemalangan ini, pemandu kenderaan, lelaki warga tempatan berumur 50 tahun tidak cedera.

"Penumpang yang cedera menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom. Anak gajah yang dilanggar mati di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN166/59) iaitu gagal mengawal kenderaan dengan sebaiknya.

Berita Harian X