Isnin, 20 Jun 2022 | 6:24pm
Empat individu cedera apabila bas ekspres dinaiki mereka merempuh penghadang tol di susur keluar Plaza Tol Ipoh Utara, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di sini, petang tadi. - NSTP/Ihsan JBPM Perak
Empat individu cedera apabila bas ekspres dinaiki mereka merempuh penghadang tol di susur keluar Plaza Tol Ipoh Utara, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di sini, petang tadi. - NSTP/Ihsan JBPM Perak

4 cedera bas ekspres langgar penghadang tol

IPOH: Empat individu cedera ringan apabila bas ekspres dinaiki mereka merempuh penghadang tol di susur keluar Plaza Tol Ipoh Utara, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pada jam 3.08 petang dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, ketika kejadian 16 individu berada dalam kenderaan terbabit dengan bas berkenaan dikatakan dari arah utara menuju susur keluar untuk ke Terminal Amanjaya di Meru Raya.

Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Baiinun (HRPB), di sini oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut.

Keadaan bas ekspres yang merempuh penghadang tol di susur keluar Plaza Tol Ipoh Utara. - NSTP/Ihsan JBPM Perak
Keadaan bas ekspres yang merempuh penghadang tol di susur keluar Plaza Tol Ipoh Utara. - NSTP/Ihsan JBPM Perak

"Bomba melakukan pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan semua berada dalam keadaan selamat dan operasi tamat pada jam 4.18 petang," katanya.

Sementara itu, @plustrafik melalui ciapan di Twitter memaklumkan insiden kemalangan itu menyebabkan tiga lorong susur keluar di Plaza Tol Ipoh Utara ditutup, namun keadaan trafik masih terkawal.

Berita Harian X