Ahad, 12 Jun 2022 | 9:31am
Paras air sungai Chepir di Pekan Sik di paras bahaya, hampir melimpah tebing. Foto APM Daerah Sik

Sungai di 3 kampung Sik cecah paras bahaya

SIK: Air sungai di tiga kampung sekitar daerah ini mencecah paras bahaya susulan hujan lebat, malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah, berkata kampung terbabit ialah Kampung Belimbing, Pekan Sik dan Kampung Kemelong.

Beliau berkata, hasil pemantauan sejak malam tadi juga mendapati air sungai di Kampung Jerai berada pada paras waspada.

"Anggota kami melakukan pemantauan bermula jam 9.05 hingga 11.15 malam tadi di semua kawasan berkenaan.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Paras air sungai Chepir di Pekan Sik di paras bahaya, hampir melimpah tebing. Foto APM Daerah Sik
Paras air sungai Chepir di Pekan Sik di paras bahaya, hampir melimpah tebing. Foto APM Daerah Sik

Paras air sungai Chepir di Pekan Sik di paras bahaya, hampir melimpah tebing. Foto APM Daerah Sik
Paras air sungai Chepir di Pekan Sik di paras bahaya, hampir melimpah tebing. Foto APM Daerah Sik

"Setakat ini, 11 rumah di Kampung Pinang, Mukim Sok, terjejas akibat banjir kilat," katanya sambil memaklumkan belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Katanya, hujan sudah berhenti, namun pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa.

Berita Harian X