Jumaat, 27 Mei 2022 | 7:06pm
 Kereta yang terjunam ke Sungai Rajang tengah malam tadi ditemui dan pemandunya lemas. - Foto ihsan JBPM
Kereta yang terjunam ke Sungai Rajang tengah malam tadi ditemui dan pemandunya lemas. - Foto ihsan JBPM

Pemandu kereta terjunam dalam sungai ditemukan lemas

SIBU: Pemandu kereta yang terjunam ke Sungai Rajang, di sini, tengah malam tadi, ditemukan lemas, petang tadi.

Mayat mangsa, Andy Ting King Dieng, 43, yang berada di tempat pemandu kereta terbabit ditemui anggota penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 2.55 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, penemuan itu hasil selaman kali kesembilan selepas selaman pertama dilakukan pada jam 8.57 pagi.

"Selaman dilakukan dalam radius 20 meter dari lokasi kereta itu terjunam dengan kedalaman antara tiga hingga 11 meter.

Kereta yang terjunam ke Sungai Rajang tengah malam semalam ditemui dan pemandunya lemas. - Foto ihsan JBPM
Kereta yang terjunam ke Sungai Rajang tengah malam semalam ditemui dan pemandunya lemas. - Foto ihsan JBPM

"Kereta dan mangsa yang ditemui di dasar sungai tidak jauh dari lokasi ia terjunam kemudian berjaya dinaikkan ke permukaan dengan bantuan kren pada jam 3.49 petang," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kejadian itu dilaporkan oleh petugas kaunter Hotel Kingwood yang membuat panggilan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentral Sibu pada jam 12.40 tengah malam.

Kereta yang terjunam ke Sungai Rajang tengah malam semalam ditemui dan pemandunya lemas. - Foto ihsan JBPM
Kereta yang terjunam ke Sungai Rajang tengah malam semalam ditemui dan pemandunya lemas. - Foto ihsan JBPM

Lima anggota dari BBP Sentral Sibu dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

Berdasarkan keterangan pengadu, kereta yang dipandu seorang lelaki bergerak laju ke arah sungai dan melanggar penghadang tepi jalan berdekatan Hotel Kingwood sebelum terjunam ke dalam sungai.

Berita Harian X