Jumaat, 20 Mei 2022 | 11:15pm

Tiga pekerja cedera ketika uji papan pangagihan elektrik

KUALA LUMPUR: Tiga cedera ketika menjalankan ujian ke atas papan pengagihan elektrik di tapak pembinaan Pavilion Damansara Height, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizan Abdul Shukor, berkata polis menerima satu aduan mengenai kejadian litar pintas di tapak pembinaan itu.

Katanya, ketika ujian dijalankan berlaku litar pintas serta kebakaran kecil yang menyebabkan tiga pekerja cedera.

"Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

"Unit Forensik dan Unit Pemusnah Bom IPK Kuala Lumpur bersama Forensik Bomba Dan Penyelamat turut berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, orang awam yang ada maklumat berkaitan aktiviti jenayah diminta menghubungi IPD Brickfields di talian 03-22979222.

Berita Harian X