Ahad, 15 Mei 2022 | 11:31am
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid.

Polis boleh tahan, periksa kad pengenalan

JOHOR BAHRU: Pegawai dan anggota polis yang sedang bertugas dibenarkan menahan mana-mana individu dan memeriksa kad pengenalan mereka mengikut Seksyen 24(1)(a) Akta Polis 1967 dan Seksyen 7(1) Akta Pendaftaran Negara 1959.

Penjelasan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid itu susulan rakaman video tular pemeriksaan polis ke atas seorang lelaki di Jalan Pendekar 16, Taman Ungku Tun Aminah, di sini semalam, berkata

"Pada jam 5.50 petang semalam, anggota ronda cegah jenayah telah menahan dan membuat pemeriksaan terhadap seorang individu yang menaiki kereta jenis Hyundai Elantra di Jalan Pendekar 16, Taman Ungku Tun Aminah.

"Individu itu juga telah dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut dan telah dibebaskan sejurus selesai pemeriksaan yang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, penjelasan itu dibuat ekoran rakaman video yang ditularkan di media sosial berhubung pemeriksaan yang dijalankan anggota polis berkenaan.

"Orang ramai diminta untuk berhati-hati dan berhemah dalam memberikan komen atau menularkan cerita tanpa kesahihan di media sosial,"katanya.

Berita Harian X