Jumaat, 29 April 2022 | 3:34pm

Kanak-kanak mangsa kemalangan meninggal dunia

SITIAWAN: Kanak-kanak perempuan yang cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Kayan, di sini, semalam, meninggal dunia, hari ini.

Fatin Nurjannah Mohd Ridzuan, 4, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Seri Manjung (HSM) ketika mendapatkan rawatan.

Kemalangan itu mengorbankan ibunya, Nurdiana Abd Rahman, 36, yang maut di lokasi, manakala adik perempuannya berusia dua tahun cedera ringan.

Nur Syaerah Abd Rahman, 29, adik kepada Nurdiana ketika ditemui berkata, mereka dimaklumkan anak sulung kakaknya itu meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurutnya, jenazah dua beranak itu dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Batu 9 Lekir selepas solat Jumaat.

Semalam media melaporkan, Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan menerima panggilan berhubung kemalangan membabitkan kereta Proton Persona dan pacuan empat roda Toyota Hilux itu pada 5.32 petang

Tiga beranak berkenaan menaiki Proton Persona, manakala Toyota Hilux dinaiki empat mangsa yang turut cedera dalam kejadian itu.

Kemalangan semalam yang korbankan dua beranak dan cedcederakan lima yang lain - Foto fail NSTP
Kemalangan semalam yang korbankan dua beranak dan cedcederakan lima yang lain - Foto fail NSTP
Berita Harian X