Selasa, 12 April 2022 | 9:09pm
JAS Cawangan Pasir Gudang mengeluarkan 34 kompaun berjumlah RM68,000 terhadap kilang perkapalan di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. - Foto ihsan JAS
JAS Cawangan Pasir Gudang mengeluarkan 34 kompaun berjumlah RM68,000 terhadap kilang perkapalan di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. - Foto ihsan JAS

Kilang perkapalan gagal urus buangan berjadual dikompaun RM68,000

PASIR GUDANG: Akibat gagal mengurus buangan berjadual, sebuah kilang perkapalan di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini dikompaun sebanyak RM68,000.

Menerusi laman sosial Jabatan Alam Sekitar (JAS), premis itu dikenakan 34 kompaun yang dikeluarkan JAS Cawangan Pasir Gudang, hari ini.

"Premis didapati gagal dalam pengendalian dan pengurusan bahan buangan terjadual dan telah melanggar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

"Arahan penambahbaikan juga dikenakan ke atas premis.

"Semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar," menurut JAS.

Berita Harian X