Ahad, 10 April 2022 | 4:21pm
Seorang budak tiga tahun berdepan detik cemas apabila kaki kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah, hari ini. - Foto Bomba
Seorang budak tiga tahun berdepan detik cemas apabila kaki kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah, hari ini. - Foto Bomba

Cemas, kaki budak 3 tahun tersangkut eskalator

Putrajaya: Seorang budak tiga tahun berdepan detik cemas apabila kaki kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cyberjaya berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.48 tengah hari dan tiba di tempat kejadian jam 2.01 petang dengan dua pegawai dan lima anggota.

Menurutnya, kejadiandi tingkat dua pusat beli-belah itu ketika kanak-kanak terbabit menuruni eskalator ditemani ibu bapanya.

Katanya, kaki mangsa dapat dikeluarkan dan diserahkan kepada ambulans Hospital Serdang untuk tindakan lanjut.

Berita Harian X