Jumaat, 8 April 2022 | 11:04pm
Mayat lelaki ditemui di dalam rumah dipercayai mati beberapa hari lalu. - Foto hiasan
Mayat lelaki ditemui di dalam rumah dipercayai mati beberapa hari lalu. - Foto hiasan

Lelaki meninggal dunia di dapur

TUMPAT: Panggilan telefon tidak berjawab sejak beberapa hari lalu, membawa kepada penemuan jenazah seorang lelaki di dalam rumah.

Mangsa, Nazmi Mohd Nasir, 42, ditemukan di dapur rumahnya di Wakaf Bharu di sini, kira-kira jam 5 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri, berkata lelaki yang tinggal berseorangan itu dipercayai sudah meninggal dunia antara tiga hingga tujuh lalu.

"Beberapa rakan mangsa menghubunginya, namun panggilan tidak berjawab menyebabkan mereka memaklumkan perkara itu kepada keluarga.

"Kakak mangsa pergi ke rumahnya dan mendapati keadaan rumah berkunci dari dalam, sebelum menghubungi pihak berkuasa. Anggota bomba memecahkan pintu rumah," katanya di sini, hari ini.

Mohd Azmir berkata, hasil siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Katanya, ujian COVID-19 juga mengesahkan mangsa negatif dan mayatnya dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

Berita Harian X