Khamis, 31 March 2022 | 3:03pm
Allahyarham Rudy Imran Shamsudin.
Allahyarham Rudy Imran Shamsudin.

Bekas wartawan Harian Metro, penulis lirik Rudy Imran meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas wartawan hiburan Harian Metro dan penulis lirik, Rudy Imran Shamsudin, 47, meninggal dunia akibat kanser usus di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor jam 11.30 pagi hari ini.

Rakan rapatnya yang juga wartawan hiburan Harian Metro, Sudirman Mohd Tahir berkata, Rudy yang sebelum itu dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, dibenarkan pulang ke rumah dua hari lalu.

Berita Harian X