Rabu, 23 March 2022 | 9:23pm
Lokasi lelaki berusia 43 tahun yang disyaki terjatuh dan dikhuatiri lemas di pelantar ikan Kampung Ulu, Kuala Kedah. - Foto JBPM
Lokasi lelaki berusia 43 tahun yang disyaki terjatuh dan dikhuatiri lemas di pelantar ikan Kampung Ulu, Kuala Kedah. - Foto JBPM

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dari bot

ALOR SETAR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot di kawasan pelantar ikan di Kampung Ulu, Kuala Kedah, hari ini.

Pemangku Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Azhar Mohamad, berkata mangsa berusia 43 tahun disyaki terjatuh dari bot yang dilabuhkan di kawasan itu sebelum dilihat terkapai-kapai dibawa arus.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.21 petang sebelum menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja yang diketuai Roswadi Mohd Kazin.

"Operasi pencarian dilakukan namun setakat ini mangsa yang belum dikenal pasti identitinya belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berita Harian X