Rabu, 23 March 2022 | 6:04pm
SPRM menahan pasangan suami isteri bocorkan maklumat tender LLM di Mahkamah Majistret Putrajaya. - Foto ihsan SPRM
SPRM menahan pasangan suami isteri bocorkan maklumat tender LLM di Mahkamah Majistret Putrajaya. - Foto ihsan SPRM

Bocor maklumat tender, suami isteri direman

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, membenarkan permohonan reman lima hari ke atas sepasang suami isteri bagi membantu siasatan pembocoran tender.

Perintah reman hingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim bagi membantu siasatan ke atas suspek masing-masing berusia 44 dan 42 tahun mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan berkata, pasangan suami isteri itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembocoran maklumat membabitkan tender Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bernilai lebih RM1.2 juta.

Mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, petang semalam.

"Suspek wanita yang juga seorang pengarah dan terbabit dalam pemilihan kontrak LLM dipercayai membocorkan maklumat tender bernilai RM1.2 juta kepada suaminya.

"Sebagai balasan, syarikat milik suaminya dilantik sebagai subkontraktor kepada satu lagi syarikat yang mendapat projek berkaitan sistem elektronik pada 2020," katanya.

Berita Harian X