Isnin, 14 March 2022 | 9:39pm
Keadaan motosikal ditunggangi dua kanak-kanak lelaki yang maut selepas terbabas dan melanggar tiang elektrik di kawasan sawah padi di Kampung Terus, Penanti. - Foto Pembaca
Keadaan motosikal ditunggangi dua kanak-kanak lelaki yang maut selepas terbabas dan melanggar tiang elektrik di kawasan sawah padi di Kampung Terus, Penanti. - Foto Pembaca

Dua kanak-kanak maut motosikal langgar tiang elektrik

BUKIT MERTAJAM: Dua kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas motosikal ditunggangi mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik di kawasan sawah padi di Kampung Terus, Penanti, di sini.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung berkenaan, Baharuddin Abdullah, berkata dia mendapat panggilan telefon daripada penduduk kampung itu berhubung kemalangan tragis berkenaan pada jam 2.30 petang.

"Saya yang terus ke lokasi kejadian sebelum mendapati ada mayat dua kanak-kanak tercampak dari motosikal Honda EX5 yang ditunggangi mereka. Mereka bukan penduduk kampung ini, tetapi dipercayai bersiar-siar dengan menunggang motosikal sebelum terbabit kemalangan.

"Kawasan ini memang banyak orang datang meronda sebab jalan lurus dan ada pemandangan sawah padi, namun tidak sangka berlaku kejadian tidak diingini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

 Mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.2 Lebuhraya Utara Selatan dikeluarkan pasukan bomba. Foto ihsan bomba
Mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.2 Lebuhraya Utara Selatan dikeluarkan pasukan bomba. Foto ihsan bomba

Jelasnya, polis kemudian datang membuat pemeriksaan dan menghantar mayat kedua-dua kanak-kanak itu ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut berhubung kemalangan berkenaan masih lagi diteruskan.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan video dan gambar berhubung kemalangan yang menimpa dua kanak-kanak itu.

Difahamkan, nahas itu apabila motosikal ditunggang mereka terbabas dan hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik dekat situ yang menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Berita Harian X