Isnin, 14 March 2022 | 1:51pm

Bekas juruteknik didenda RM7,000 guna diploma palsu

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas juruteknik di jabatan kerajaan dijatuhi hukuman denda RM7,000 di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menggunakan diploma palsu bagi mendapatkan lesen Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).

Tertuduh, Muhamad Muslim Mamat, 30, turut berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Muhamad Muslim mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu Sijil Diploma Rekabentuk Dalaman atas nama adiknya. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di daerah ini pada 26 Disember 2019.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (KK) berdepan hukuman mengikut Seksyen 465 KK.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Seorang bekas juruteknik di jabatan kerajaan dijatuhi hukuman denda RM7,000 di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menggunakan sijil diploma palsu bagi mendapatkan lesen Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK). - Foto NSTP/Ghazali Kori

Berita Harian X