Rabu, 9 March 2022 | 11:49pm
Antara kenderaan dihempap bongkah batu di Pandan Indah. - Foto Ihsan Polis
Antara kenderaan dihempap bongkah batu di Pandan Indah. - Foto Ihsan Polis

Lapan kenderaan rosak teruk dihempap bongkah batu

KUALA LUMPUR: Lapan kenderaan rosak teruk ditimpa bongkah batu yang jatuh dari bukit berhampiran di Pangsapuri Taman Bukit Permai, Pandan Indah, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata dalam insiden pada jam 4.30 pagi itu, bongkah batu menghempap kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan parkir Blok 4 pangsapuri berkenaan.

"Tiada kemalangan jiwa. Siasatan awal polis mendapati kejadian disebabkan bencana alam susulan hujan lebat dan angin kencang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Antara kenderaan dihempap bongkah batu di Pandan Indah. - Foto Ihsan Polis
Antara kenderaan dihempap bongkah batu di Pandan Indah. - Foto Ihsan Polis

Mohamad Farouk berkata, laporan polis yang dibuat oleh pengadu dirujuk kepada agensi lain dan tiada kertas siasatan dibuka.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya peka dengan keadaan cuaca dan tidak meletakkan kenderaan di bawah bukit atau pokok susulan kekerapan berlaku insiden pokok tumbang atau tanah runtuh yang disebabkan angin kencang serta hujan lebat.– BERNAMA

Antara kenderaan dihempap bongkah batu di Pandan Indah. - Foto Ihsan Polis
Antara kenderaan dihempap bongkah batu di Pandan Indah. - Foto Ihsan Polis

Berita Harian X