Selasa, 8 March 2022 | 6:53pm
Bomba mengalihkan dahan pokok tumbang yang menghempap seorang lelaki warga emas di Loji Air Sungai Langat, Hulu Langat, hari ini - Foto NSTP/Bomba
Bomba mengalihkan dahan pokok tumbang yang menghempap seorang lelaki warga emas di Loji Air Sungai Langat, Hulu Langat, hari ini - Foto NSTP/Bomba

Warga emas maut dihempap pokok

HULU LANGAT: Lelaki warga emas terbunuh selepas dihempap pokok tumbang ketika memancing di Loji Air Sungai Langat, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4 petang tadi.

"Seramai tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kami dimaklumkan terdapat pokok tumbang yang menghempap seorang lelaki berusia lingkungan 60-an yang sedang memancing di kawasan terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, anggota bomba berjaya mengalihkan dahan pokok yang menimpa mangsa.

"Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Berita Harian X