Selasa, 8 March 2022 | 12:43pm
Anggota bomba memberi rawatan kecemasan kepada mangsa runtuhan batu di sebuah kuari di Keramat Pulai Foto NSTP/Ihsan Bomba
Anggota bomba memberi rawatan kecemasan kepada mangsa runtuhan batu di sebuah kuari di Keramat Pulai Foto NSTP/Ihsan Bomba

Seorang hilang kuari runtuh

IPOH: Seorang pekerja kuari hilang, manakala seorang parah selepas tertimbus runtuhan kuari batu kapur dalam di sebuah kawasan kuari di Karamat Pulai, Simpang Pulai, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata insiden membabitkan empat mangsa dengan dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digegaskan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 9.40 pagi tadi.

"Maklumat yang diterima dari pihak pengurus mengatakan terdapat runtuhan batu membabitkan empat mangsa, di mana dua mangsa dapat menyelamatkan diri, seorang cedera parah dan seorang mangsa hilang.

"Komander operasi, memohon bantuan dari unit STORM (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) untuk hadir membantu pencarian mangsa tertimbus berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat jam 12.15 tengahari, operasi mencari mangsa masih diteruskan.

Berita Harian X