Selasa, 8 March 2022 | 11:31am
.Pemandu lori berusia 28 tahun dibawa ke Mahkamah Sungai Petani, di sini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman. - FOTO NSTP/ IZAD THAQIF HASSAN
.Pemandu lori berusia 28 tahun dibawa ke Mahkamah Sungai Petani, di sini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman. - FOTO NSTP/ IZAD THAQIF HASSAN

Pemandu lori rempuh penunggang motosikal berteduh direman

SUNGAI PETANI: Pemandu lori yang merempuh penunggang motosikal yang berteduh ketika hujan menyebabkan dua maut di bawah jejambat di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan semalam, direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah tahan reman dikeluarkan Majistret Nurul Ainna Ahmad ke atas suspek berusia 28 tahun itu untuk tujuan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu suspek berbaju T dan berseluar hitam tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani dalam keadaan tangan bergari, sambil diiringi anggota polis.

Dalam kejadian jam 2.40 petang semalam, dua penunggang motosikal, Mohd Amirul Ismail, 28 dan Muhammad Khairul Azwan Maula Hashim, 31, maut selepas dirempuh lori dipandu suspek.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa bersama beberapa penunggang motosikal lain berteduh bawah jejambat kerana hujan lebat.

Berita Harian X