Ahad, 6 March 2022 | 9:40pm
Keadaan kemalangan membabitkan dua motosikal yang bertembung di Jalan Kampung Sungkup, Bukit Selambau, Sungai Petani hari ini. - Foto tular
Keadaan kemalangan membabitkan dua motosikal yang bertembung di Jalan Kampung Sungkup, Bukit Selambau, Sungai Petani hari ini. - Foto tular

Seorang maut, dua parah motosikal bertembung

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut manakala dua lagi parah apabila dua motosikal bertembung di Jalan Kampung Sungkup, Bukit Selambau hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, penunggang Yamaha 135LC Mohd Nasir Ghazali, 35, meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala manakala pembonceng berusia 32 tahun cedera kaki kiri serta badan.

Seorang lagi mangsa iaitu penunggang Honda EX5 yang juga warga Myanmar berusia 30-an serta belum diketahui identiti parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman, berkata siasatan mendapati ketika kejadian motosikal dinaiki dua lelaki tempatan itu dari Jalan Bukit Selambau menghala ke Kampung Sungkup manakala penunggang motosikal warga Myanmar pula dari arah bertentangan.

"Setibanya di lokasi kejadian, kedua-dua motosikal terbabit bertembung sebelum semua mereka terjatuh ke jalan menyebabkan penunggang Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pembonceng cedera," katanya.

Berita Harian X