Khamis, 10 Februari 2022 | 5:53pm

Ada ajaran sesat di Perak

IPOH: Polis mengesan kegiatan ajaran sesat di Perak, berdasarkan video yang tular sebelum ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata perkara tidak boleh mendedahkan secara terperinci kerana masih dalam siasatan.

"Kita memang sudah mengenal pasti satu kegiatan yang beroperasi di negeri Perak ini menjalankan kegiatan menyalahi akidah," katanya di sini hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, polis menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk memaklumkan berhubung isu terbabit.

Seorang pemilik akaun memuat naik video secara penstriman langsung di Facebook perhimpunan ulama serta kemunculan Imam Mahdi di Sabah.

Mior Faridalathrash berkata, siasatan masih berjalan biarpun video yang dimuat naik itu sudah dipadam.

Bulan lalu, tular video seorang lelaki menunjukkan koleksi pedang dan keris yang dijual di sebuah kedai di Kuala Kangsar.

Lelaki itu mendakwa kononnya bakal berlaku perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi yang kononnya berada di Sabah.

Mior Faridalathrash pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak. - Foto NSTP/BALQIS JAZIMAH ZAHARI
Mior Faridalathrash pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak. - Foto NSTP/BALQIS JAZIMAH ZAHARI
Berita Harian X