Khamis, 10 Februari 2022 | 5:28pm
Mohd Ayob ditemui lemas dekat Kuala Kuar. - Foto MARITIM MALAYSIA
Mohd Ayob ditemui lemas dekat Kuala Kuar. - Foto MARITIM MALAYSIA

Jasad nelayan ditemui tengah hari tadi

ALOR SETAR: Nelayan yang hilang di laut selepas bot dipukul ombak dekat Kuala Kuar, kelmarin, ditemui lemas hari ini.

Jasad Mohd Ayob Jalaluddin, 39, ditemui pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) , di sini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, berkata jasad Mohd Ayob ditemui terapung bot nelayan tempatan dekat muara Kuala Kuar pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Beliau berkata, mayat berkenaan dibawa ke Jeti Nelayan Kuala Kuar dan dipindahkan ke bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berikutan muara yang cetek dan air surut," katanya hari ini.

Noor Azreyanti berkata, mayat itu disahkan oleh waris mangsa sebelum diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk proses bedah siasat.

Berita Harian X