Isnin, 7 Februari 2022 | 9:02pm
Sebuah bilik asrama Madrasah Tabligh di Bukit Pinang yang musnah dalam kebakaran, petang tadi. NSTP/IHSAN BOMBA
Sebuah bilik asrama Madrasah Tabligh di Bukit Pinang yang musnah dalam kebakaran, petang tadi. NSTP/IHSAN BOMBA

Bilik asrama lelaki Madrasah Tabligh terbakar

ALOR SETAR: Sebuah bilik asrama lelaki di Madrasah Tabligh, Jalan Bukit Pinang, di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Hamizi Wan Mohd Zin, berkata penghuni asrama bagaimanapun terselamat dalam kebakaran itu.

Katanya, tiga pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Pokok Sena dan Alor Setar dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 6.03 petang.

"Setiba di lokasi, kami mendapati kebakaran membabitkan tingkat bawah sebuah Madrasah Tabligh, kelas A dua tingkat.

"Hasil penilaian awal mendapati, kemusnahan kebakaran membabitkan 50 peratus," katanya ketika dihubungi.

Wan Hamizi berkata, tindakan awal yang dilakukan penghuni madrasah itu ialah dengan memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api jenis debu kering.

Beliau berkata, tindakan anggota BBP Jitra adalah dengan mengawal dan memadam kebakaran sehingga selesai.

"Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tunjang dan Bukit Pinang. Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Berita Harian X