Khamis, 3 Februari 2022 | 9:52am

Tiga maut termasuk dua rentung dalam kereta

TUMPAT: Tiga maut dengan dua daripadanya rentung selepas kereta dipandu terbabas dan terbakar dalam kejadian di Jalan Wakaf Bharu Palekbang, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri, berkata seorang daripada mangsa adalah lelaki berumur 33 tahun manakala dua lagi sedang dikenalpasti.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi membabitkan kereta jenis Honda HRV yang dari Cabang Tiga Kepulau menghala ke Wakaf Bharu.

"Sebaik tiba di lokasi, kereta itu dipercayai terbabas menyebabkan seorang daripada mereka tercampak keluar beberapa meter dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Dua lagi rakannya rentung dalam kereta yang sedang terbakar dan kita sedang mengenalpasti identiti mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azmir berkata, kejadian itu turut menyebabkan sebuah lagi kereta terbakar iaitu jenis Proton Wira milik penduduk kampung yang diparkir berhampiran serta sebuah rumah kosong yang mengalami 30 peratus kebakaran.

Beliau berkata, semua mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

Anggota forensik memeriksa tempat kejadian tiga maut termasuk dua rentung selepas sebuah kereta terbabas dan terbakar di Jalan Wakaf Bharu, Palekbang, awal pagi tadi. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Anggota forensik memeriksa tempat kejadian tiga maut termasuk dua rentung selepas sebuah kereta terbabas dan terbakar di Jalan Wakaf Bharu, Palekbang, awal pagi tadi. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Anggota forensik memeriksa tempat kejadian tiga maut termasuk dua rentung di Jalan Wakaf Bharu, Palekbang. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Anggota forensik memeriksa tempat kejadian tiga maut termasuk dua rentung di Jalan Wakaf Bharu, Palekbang. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.04 pagi.

"Sebaik tiba, kami dapati api sedang marak dan kelihatan seorang mangsa berada beberapa meter sahaja dari kereta itu dan sudah meninggal dunia manakala dua lagi masih dalam kenderaan yang sedang terbakar.

"Kereta itu dipercayai terbabas sebelum terbakar dan turut terlanggar tiang garaj sebuah rumah kosong yang menyebabkan rumah itu turut mengalami kebakaran 30 peratus manakala sebuah kereta Proton Wira milik seorang penduduk juga hangus.

"Api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 3.35 pagi," katanya.

Anggota forensik memeriksa tempat kejadian tiga maut termasuk dua rentung di Jalan Wakaf Bharu, Palekbang. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Anggota forensik memeriksa tempat kejadian tiga maut termasuk dua rentung di Jalan Wakaf Bharu, Palekbang. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Tiga maut termasuk dua rentung selepas sebuah kereta jenis Honda HRV terbabas dan terbakar dalam kejadian di Jalan Wakaf Bharu Palekbang, Tumpat, awal pagi tadi. - Foto ihsan pembaca
Tiga maut termasuk dua rentung selepas sebuah kereta jenis Honda HRV terbabas dan terbakar dalam kejadian di Jalan Wakaf Bharu Palekbang, Tumpat, awal pagi tadi. - Foto ihsan pembaca
Berita Harian X