Ahad, 30 Januari 2022 | 8:14pm
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Kereta masuk gaung

TUARAN: Seorang lelaki terselamat walaupun kereta dipandunya hilang kawalan terjunam ke dalam gaung di Jalan Kiulu - Tamparuli berhampiran Bayaon, Kampung Rangalau Baru, Kiulu di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, kereta mangsa dipercayai merempuh penghadang di laluan sementara, sebelum terjunam ke jalan yang terputus akibat tanah runtuh, sebelum ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata, anggotanya dan orang awam membantu mangsa keluar dari kenderaannya yang tersangkut di tengah gaung dalam keadaan terbalik.

"Mangsa diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital Tuaran.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya hari ini.

Berita Harian X