Rabu, 26 Januari 2022 | 6:28pm

SPRM tahan penolong akauntan

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang penolong akauntan bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang kira-kira RM100,000.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru, kira-kira jam 3 petang selepas memberikan keterangan.

Beliau berkata, suspek yang bertanggungjawab dalam menguruskan akaun pejabatnya di sebuah daerah mulai 2016 hingga 2018 disyaki menyeleweng wang terbabit untuk kepentingan diri.

Katanyta, kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

"Suspek akan dihadap ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok," katanya ketika dihubungi.

Berita Harian X