Isnin, 24 Januari 2022 | 4:59pm
SPRM Kedah membawa bekas pengarah penguat kuasa agensi kerajaan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi mendapatkan perintah reman hari ini. - NSTP/FOTO IHSAN SPRM
SPRM Kedah membawa bekas pengarah penguat kuasa agensi kerajaan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi mendapatkan perintah reman hari ini. - NSTP/FOTO IHSAN SPRM

SPRM reman bekas pengarah penguat kuasa

ALOR SETAR: Seorang bekas pengarah penguat kuasa agensi kerajaan direman tujuh hari bermula hari ini, kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM3.1 juta daripada syarikat kontraktor.

Perintah reman sehingga 30 Januari itu dikeluarkan Majistret Nadia Othman selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan di pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 2 petang semalam, selepas hadir memberi keterangan.

Katanya, tertuduh dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan antara Julai 2019 hingga Mac tahun lalu, daripada sebuah syarikat kontraktor.

Wang itu adalah dorongan kepada suspek bagi membantu mendapatkan tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan terbabit dan siasatan lanjut sedang dilakukan pihaknya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Berita Harian X