Isnin, 24 Januari 2022 | 4:18pm

Kes seleweng wang jualan sawit, pengurus pemasaran ditahan

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus pemasaran bagi membantu siasatan berhubung kes penyalahgunaan kuasa.

Ia membabitkan penyelewengan bayaran hasil buah tandan segar sawit berjumlah lebih RM85,000.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2018 hingga 2019, lelaki yang bertugas sebagai pengurus pemasaran itu disyaki menyalahgunakan kuasa dengan menyeleweng wang bayaran bagi hasil jualan buah tandan segar sawit untuk kepentingan diri sendiri.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Berita Harian X