Isnin, 17 Januari 2022 | 1:42pm
Anggota bomba menemui mayat kanak-kanak lelaki berusian empat tahun yang dilaporkan hilang ketika mandi sungai. - Foto ihsan Bomba
Anggota bomba menemui mayat kanak-kanak lelaki berusian empat tahun yang dilaporkan hilang ketika mandi sungai. - Foto ihsan Bomba

Budak hilang mandi sungai ditemui lemas

BELURAN: Mayat kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di sungai di ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Balaban Jaya, ditemui pagi tadi.

Mangsa, Mohd Ridwan Suprianto Mohd Aidil, empat tahun, ditemui jam 9.50 pagi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi, berkata mayat ditemui satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Beluran untuk tindakan lanjut.

"Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.30 pagi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan lemas ketika mandi di sungai berkenaan kelmarin.

SAR kemudiannya diaktifkan termasuk menggunakan khidmat Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM Sabah.

Berita Harian X