Ahad, 16 Januari 2022 | 10:49pm
Keadaan perumahan awam di Setapak Jaya yang musnah dalam kebakaran berpunca daripada seorang lelaki disyaki kurang siuman membakar rumahnya hingga menyebabkan dua lagi unit musnah. - Foto BERNAMA
Keadaan perumahan awam di Setapak Jaya yang musnah dalam kebakaran berpunca daripada seorang lelaki disyaki kurang siuman membakar rumahnya hingga menyebabkan dua lagi unit musnah. - Foto BERNAMA

Lelaki disyaki kurang siuman dipercayai bakar rumah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disyaki kurang siuman ditahan kerana dipercayai membakar kediamannya di Blok 8, Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum kebakaran merebak ke dua unit lain, petang tadi.

Polis yang ke lokasi selepas menerima laporan kejadian pada jam 4.30 petang, mendapati kebakaran dipadamkan sepasukan anggota bomba bersama enam jentera.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata kebakaran membabitkan tiga unit rumah di nombor 1, 2 dan 3 di tingkat empat blok rumah pangsa berkenaan.

"Berdasarkan maklumat, berlaku pergaduhan keluarga di unit kediaman nombor 1 yang mana seorang penghuni iaitu lelaki tempatan berusia 38 tahun dipercayai membakar kediamannya sendiri.

"Kebakaran itu merebak ke dua unit bersebelahan sebelum api dapat dikawal daripada terus merebak dan seterusnya dipadamkan oleh pihak bomba," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Seorang lelaki disyaki kurang siuman ditahan kerana dipercayai membakar kediamannya di Blok 8, Perumahan Awam DBKL, petang tadi. - Foto BERNAMA
Seorang lelaki disyaki kurang siuman ditahan kerana dipercayai membakar kediamannya di Blok 8, Perumahan Awam DBKL, petang tadi. - Foto BERNAMA

Keadaan perumahan awam di Setapak Jaya yang musnah dalam kebakaran petang semalam, berpunca daripada seorang lelaki disyaki kurang siuman membakar rumahnya hingga menyebabkan dua lagi unit musnah. - Foto BERNAMA

Nur Lida Sallih melihat keadaan rumahnya di perumahan awam Setapak Jaya yang musnah dalam kebakaran petang tadi. - Foto BERNAMA

Katanya, suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran itu yang mengakibatkan kemusnahan 90 peratus.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 4.06 petang, menggerakkan 44 anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, BBP Keramat, BBP Setapak dan BBP Hang Tuah ke lokasi.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Daniel Ahmad Kamal, berkata setibanya pasukan di lokasi pada jam 4.15 petang, api sedang marak di unit kediaman terbabit.

"Kebakaran membabitkan kediaman berkeluasan 12 x 12 meter persegi setiap satu dengan unit kediaman pertama musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi musnah kira-kira 60 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita Harian X