Selasa, 11 Januari 2022 | 8:20pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

SPRM tahan pemilik syarikat kontraktor

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemilik syarikat kontraktor yang disyaki mengemukakan invois mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM4,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 48 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 3.30 petang tadi ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek dipercayai mengemukakan invois mengandungi butir matan palsu kepada sebuah universiti tempatan bagi kerja pemasangan, membuka dan membersihkan penyaman udara sedangkan ia tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman.

Berita Harian X