Isnin, 3 Januari 2022 | 6:09pm
Semalam tular video tempoh 31 saat sebuah kereta dipandu secara melulu, berhampiran Balai Polis Port Dickson. - Foto hiasan NSTP
Semalam tular video tempoh 31 saat sebuah kereta dipandu secara melulu, berhampiran Balai Polis Port Dickson. - Foto hiasan NSTP

Suspek pandu melulu serah diri

PORT DICKSON: Seorang lelaki yang dipercayai memandu kereta secara melulu, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Port Dickson, hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata lelaki hadir di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik kira-kira 1.50 petang.

"Pemandu itu seorang lelaki berusia 21 tahun dan juga seorang pelajar Politeknik Merlimau.

"Polis menjalankan siasatan lanjut terhadap pemandu itu jika wujud kesalahan lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam tular video tempoh 31 saat yang dimuat naik ke dalam laman sosial sebuah kereta dipandu secara melulu, berhampiran Balai Polis Port Dickson.

Aidi berkata, orang ramai harus peka dengan peraturan lalu lintas kerana pelanggaran peraturan boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X