Isnin, 20 Disember 2021 | 9:46pm
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa kemalangan dekat kawasan Rehat dan Rawat USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala ke Shah Alam. - Foto hiasan BOMBA
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa kemalangan dekat kawasan Rehat dan Rawat USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala ke Shah Alam. - Foto hiasan BOMBA

Pemandu treler didakwa esok

KUALA LUMPUR: Pemandu treler terbabit kemalangan hingga menyebabkan kematian 10 individu Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), akan didakwa esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar, berkata suspek berusia 37 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret 3 Shah Alam pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kertas siasatan kes itu sudah lengkap dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan keputusan.

"Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret 3 Shah Alam, jam 9 pagi esok mengikut seksyen berkenaan" katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pemandu itu direman empat hari berakhir esok bagi membantu siasatan kemalangan membabitkan treler dipandunya dan tiga kereta hingga menyebabkan 10 mangsa maut, pada kelmarin.

Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya, selain seorang lelaki.

Ahli keluarga yang hadir di pengebumian jenazah sembilan sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE). - Foto hiasan NSTP/AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
Ahli keluarga yang hadir di pengebumian jenazah sembilan sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE). - Foto hiasan NSTP/AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN

Berita Harian X