Ahad, 19 Disember 2021 | 4:25pm
Anggota APM dan bomba membersihan pokok besar yang tumbang dan menghempap sebuah rumah - Foto NSTP/Ihsan APM
Anggota APM dan bomba membersihan pokok besar yang tumbang dan menghempap sebuah rumah - Foto NSTP/Ihsan APM

Rumah dihempap pokok

CAMERON HIGHLANDS : Empat beranak terselamat apabila sebatang pokok tumbang dan menghempas rumah mereka di Brinchang pagi ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Cameron Highlands, Lt (PA) Md Hazli Hanifah Mohd Hanafi berkata, kejadian jam 9.40 pagi itu menyebabkan empat beranak itu terperangkap dalam runtuhan rumah.

Katanya, bagaimanapun mangsa Selvam Arumugam, 59 dan isterinya, Athi Satheel 58, serta dua anak mereka N Nareskkumar, 10 dan N Kuhanesh, 7 tahun tidak cedera.

Katanya lapan anggota APM bersama bomba melakukan kerja-kerja memotong pokok untuk membuka laluan bagi membolehkan mangsa keluar.

Berita Harian X