Selasa, 14 Disember 2021 | 11:42am
Empat kereta yang diletakkan kawasan parkir berhampiran Blok E Apartment P5R3, Presint 5, Putrajaya terbakar awal pagi tadi. - Foto pembaca
Empat kereta yang diletakkan kawasan parkir berhampiran Blok E Apartment P5R3, Presint 5, Putrajaya terbakar awal pagi tadi. - Foto pembaca

4 kereta penghuni Apartmen P5R3 terbakar

PUTRAJAYA: Empat kereta yang diletakkan kawasan parkir berhampiran Blok E Apartment P5R3, Presint 5, di sini, terbakar awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya dan polis menerima panggilan kecemasan kejadian jam 2.24 pagi.

Kebakaran membabitkan empat kereta iaitu Proton Persona, Honda City, Honda BRV dan Perodua Myvi.

"Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

"Siasatan kebakaran dijalankan unit forensik bomba dan polis sedang mendapatkan keterangan daripada pemilik kenderaan bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Che Shaari Abdullah, berkata pihaknya dapat mengawal kebakaran membabitkan kenderaan berkenaan pada jam 2.45 pagi.

Empat kereta yang diletakkan kawasan parkir berhampiran Blok E Apartment P5R3, Presint 5, Putrajaya terbakar awal pagi tadi. - Foto pembaca
Empat kereta yang diletakkan kawasan parkir berhampiran Blok E Apartment P5R3, Presint 5, Putrajaya terbakar awal pagi tadi. - Foto pembaca

Berita Harian X