Selasa, 14 Disember 2021 | 9:12am
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memasang khemah untuk 23 mangsa banjir kilat yang ditempatkan di PPS SK Sungai Kechil. - Foto ihsan APM
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memasang khemah untuk 23 mangsa banjir kilat yang ditempatkan di PPS SK Sungai Kechil. - Foto ihsan APM

Mangsa banjir di Kedah meningkat

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah kini meningkat kepada 23 mangsa daripada 11 keluarga, berbanding 21 mangsa daripada sembilan keluarga jam 9.30 malam tadi.

Semua mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu di Bandar Baharu di sini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin, berkata jumlah mangsa banjir kilat itu dilaporkan pada jam 7 pagi tadi membabitkan penduduk di Mukim Bagan Samak.

Katanya, antara kampung terjejas adalah di Parit Nibong, Taman Cahaya Nilam, Asam Kumbang dan Sungai Tepus.

"Paras air meningkat berikutan hujan lebat luar biasa melebihi satu jam pada jam 3.15 petang semalam menyebabkan air sungai melimpah serta saliran parit yang tersumbat menyebabkan air melimpah memasuki rumah berhampiran.

"Bagaimanapun, hujan sudah berhenti dan keadaan masih mendung serta air juga sudah mulai surut,

"Meskipun paras air surut secara perlahan, air masih bertakung dengan lumpur di rumah penduduk yang berada di PPS berkenaan," katanya.

Berita Harian X