Ahad, 12 Disember 2021 | 4:40pm
KUCHING 12 DISEMBER 2021.Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan lalu digilis sebuah kenderaan di Batu 19, Jalan Kuching-Serian hari ini.STR/NORSYAZWANI NASRI
KUCHING 12 DISEMBER 2021.Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan lalu digilis sebuah kenderaan di Batu 19, Jalan Kuching-Serian hari ini.STR/NORSYAZWANI NASRI

Mekanik maut digilis

KUCHING: Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan di Batu 19, Jalan Kuching-Serian, hari ini.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa Joshua Jinar, 17, yang cedera parah di kepala, mati di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata siasatan awal mendapati mangsa dari Taman Duranda Emas menuju ke Batu 13, Jalan Kuching-Serian.

"Apabila sampai di Batu 19, Jalan Kuching-Serian, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan.

"Mangsa dipercayai digilis oleh kenderaan yang tidak dikenal pasti jenis serta nombor pendaftaran yang menghilangkan diri selepas itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan1987," katanya.

Berita Harian X